Tuesday, November 17, 2009















HamidahKu Industries Sdn. Bhd. merupakan pengeluar produk tradisional Melaka. Kami memproses dan mengedar makanan tradisional seperti dodol asli melaka, wajik pulut, wajik sirat, rempah asam pedas melaka ( segera ), emping padi, belacan kampung, belacan serbuk segera, dan cincalok. Produk keluaran syarikat kami menggunakan jenama MAMA, dan boleh didapati di seluruh pantai timur dan selatan Semenanjung Malaysia. Rahsia keaslian dodol dan wajik keluaran kami adalah dari segi pembuatan secara tradisional selain meggunakan gula melaka 100% asli. Anda yang berminat boleh menghubungi kami dan merasa sendiri keenakkan produk kami. Kami memberi jaminan 100% keenakkan dan keasliannya. Kami juga mengalu-alukan kedatangan anda ke kilang kami untuk melihat sendiri cara pembuatan dodol. Produk keluaran kami sudah mendapat sijil HALAL jadi anda tidak perlu ragu-ragu untuk menikmati DODOL MAMA apatah lagi ia merupakan produk keluaran BUMIPUTRA. Harga yang ditawarkan merupakan harga terus dari kilang, dan sekiranya anda membeli secara borong kami akan menawarkan harga borong kepada anda. Kami juga sedia menerima tempahan untuk kenduri kahwin, rumah terbuka, buah tangan dan sebagainya.


Selain Dodol perisa asli, kami juga mengeluarkan DODOL KOPI, DODOL STRAWBERY, DODOL JAGUNG, DODOL PANDAN, dan DODOL DURIAN.


Wajik pulut atau juga dikenali pulut manis pula terdapat dalam perisa ASLI dan DURIAN.


Kami tidak menggunakan bahan perasa tiruan!!!


Di 'show room' kami juga terdapat produk lain seperti beranika kerepek, kuih muih tradisional dan moden seperti biskut kelapa, sagun bakar, sagun serbuk, cakar ayam, kuih deram, candy kelapa, kuih kering, kuih karas, keropok ubi, keropok udang, keropok ikan, emping malinja, gula tarik, kacang tumbok, bipang bola, bipang kacang dan bermacam-macam lagi dan dijual dengan harga kilang dan borong. Anda yang berminat untuk berniaga boleh menghubungi kami.


Kepada anda yang berminat boleh datang terus ke kilang/show room kami di :


J3537 KM 15 JLN MELAKA-MUAR, 77300 UMBAI, MELAKA


Atau hubungi kami di :


06-2615652 ( OFFICE ), 017-6298247 ( ATIKA ), 016-2729093 ( IZWAN )


Fax kami di :


06-2615654


ANDA TIDAK AKAN MENYESAL MENGHUBUNGI KAMI...














































No comments:

Post a Comment